بسم الله الرحمن الرحيم
assalamualaikom...alhamdulilah..kita masih lagi bernafas pada hari ini...ana mksd kan ana..alhamdulilah dpt lagi di izinkan oleh ALLAH untuk menulis blog ini...wlaupon x dek siapa yg bce...mgkin kenalan2 ana saje yg bace...ana bersyukur kerana ana dpt berkongsi apa yg ana tahu wlaupon dgn seorng pmbaca....sini ana nk lampirkan beberapa kata2 yg sngt2 menarik minat ana untuk d tulis dlm blog ana ini..renung2kan lah...
Tanggungjawab dakwah adalah terletak kepada semua umat Islam. Ianya bukan kerja khusus untuk golongan tertentu sahaja. Jika kita beranggapan kerja dakwah terletak pada ustaz atau golongan ulamak sahaja, anggapan ini perlu di perbaiki dengan segera. Kerana itulah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda " sampaikan apa yang kamu terima daripada ku walaupun ianya sedikit"
Tanya sama iman, apa sebab goyang? Nnti jawab iman, ujian yg goncang.. Tanya sama ujian apa sebab kencang? Nnti jawab ujian, tanyalah akal.. Akal nnti kata, aku kandung ilmu. Sampai tempat perlu, aku pun seru. Tengok dlm hati, nmpak tmpat gelap, campak nur hidayah, gelap pun hilang..:)
Kadangkala kita senyum sekadar utk menutup luka dihati & kadangkala kita ketawa hnya utk mengubati kesedihan dlm diri..Adakalanya kita melangkah dgn pnuh yakin sedangkn perasaan goyah menunggu rebah..Bila menangis tidak siapa yg tahu.Semuanya demi maruah diri..Walau siapapun kita,dimana kita berada,langit tetap dijunjung,tanah tetap dipijak..Selagi kita hidup,langkah mesti diteruskan..Jgn sesekali kesal dgn nasib diri kerana kita adalah sebahagian dari makhluk Allah yg sedang diuji olehNYA.
jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan² untuk merasai harumnya kasih Allah
Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang
-sekian-

No comments:
Post a Comment